Wednesday, October 30, 2013

ASWJ


PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara Islam yang mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan menolak fahaman-fahaman lain seperti syiah. Hal ini kerana fahaman Ahli Sunnah Waljamaah tidak menolak al-Quran dan Hadis sebagai pegangan hidup. Sabda baginda SAW:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya telah berpecah Bani Israil kepada tujuh puluh dua
(72) kelompok. Manakala umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
(73) kelompok di mana kesemuanya akan ke neraka kecuali satu (1)
kelompok. Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?
Baginda s.a.w. menjawab: Mereka adalah golongan yang berpegang

kepada ajaranku dan para sahabatku”. (Riwayat at- Tirmidzi)

Apa itu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah?





MAKSUD AHLI SUNNAH WALJAMAAAH
Ø  Dinamakan “Ahli sunnah”, kerana mereka adalah orang-orang yang berpegang pada sunnah Rasulullah SAW,
Ø  As sunnah ialah syara’ atau agama dan petunjuk yang diterima oleh sahabat dari Rasulullah SAW, lalu diterima oleh para tabi’in dari mereka, kemudian diikuti oleh para pemimpin umat dan ulama-ulama yang adil yang menjadi tokoh ikutan, dan orang-orang yang menempuh jalan mereka sampai hari kiamat nanti.
Ø  Oleh itu, orang yang benar-benar mengikuti sunnah disebut sebagai Ahli sunnah
Ø  Al jamaah” merupakan mereka yang berpegang pada pesanan Rasulullah SAW untuk setia pada jama’ah atau kesepakatan.
Ø  Mereka bersama-sama sepakat atas kebenaran, dan berpegang teguh padanya. Mereka mengikuti jejak langkah jemaah kaum muslimin yang berpegang teguh pada as sunnah dari generasi sahabat, tabi’in, dan para pengikut mereka.

Ø  Mereka bersama-sama bersatu dalam kebenaran, bersama-sama bersatu melakukan jihad, bersama-sama bersatu tunduk kepada para penguasa kaum muslimin, bersama-sama bersatu mengerjakan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, bersama-sama bersatu mengikuti as sunnah, dan bersama-sama bersatu meninggalkan pelbagai perbuatan bid’ah iaitu perbuatan yang terdorong oleh keinginan-keinginan nafsu, serta perbuatan yang mengundang perpecahan, maka mereka adalah jamaah sejati yang mendapat perhatian Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam.

SEJARAH LAHIRNYA FAHAMAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH

  1.      . Fitnah pada saat kewafatan Rasulullah SAW

·         Salah faham antara golongan Muhajirin dan Ansar
·         Mengakibatkan perang saudara antara golongan Muhajirin dan Ansar
·         Mengadakan mesyuarat untuk menentukan pengganti Rasulullah
·         Abu Bakar dilantik sebagai khalifah

  1. 2.       Fitnah pada masa pemerintahan khalifah ke-3 (Uthman bin Affan)

·         Mengakibatkan terbunuhnya khalifah Uthman
·         Abdullah bin Saba’ Berjaya membina pemahaman sesat bagi menghancurkan umat islam
·         Khalifah Uthman di bunuh ketika beliau sedang membaca Al-Quran

  1. 3.       Fitnah pada masa pemerintahan khalifah ke-4

·         Pengikut Abdullah bin Saba’ terus mengadu domba para sahabat
·         Para sahabat salah faham mengenai undang-undang pembunuhan Uthman

  1. 4.       Perkembangan ahli sunnah wal jamaah pada masa itu

·         Berlakunya perang Shiffin
·         Terbentuknya golongan khawarij disebabkan pemberontak tidak senang hati dengan keamanan antara kaum muslimin

·         Merancang untuk membunuh khalifah Ali dan Muawiyah


KONSEP DAN PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL  JAMAAH

1.IBADAT
Ibadat terbahagi kepada dua:
         I.            Ibadat khusus
          II.            Ibadat umum

IbadatKhusus
·          perkara yang wajib dilakukan oleh orang Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
·          Contoh: solat fardhu, puasa, zakat, dan menunaikan haji
·          bersifat taufiqiyya: iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAWdan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara' dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya
Sabda Rasulullah SAW:
"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."
(SahihBukhari)


Ibadat Umum:
·         selain daripada amalan ibadat khusus yang disebut di atas
·         contoh: berzikir, bersedekah


Rukun Solat:
1.      Berdiri tegak dengan tidak miring
2.      Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

3.      Takbiratul Ihram


4.      Membaca Al-Fatihah




5.      Ruku’ iaitu tunduk dengan kadar yang membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kedua-dua lutut.


6.      I’tidal iaitu bangkit daripada ruku’ dan kembali dlam keadaan berdiri berserta tama’ninah

7.      Sujud

8.      Duduk antara dua sujud

9.      Duduk tahiyyat akhir
10.  Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir
11.  Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada tahiyyat akhir



12.  Salam yang pertama bertujuan untuk keluar daripada solat

13.  Tertib



CARA-CARA SOLAT DALAM SYIAH YANG BERTENTANGAN DENGAN AHLI SUNNAH WAL  JAMAAH:

1-Kiblat menghadap KARBALA.


2-Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


3-Sujud di atas batu ,iaitu batu yang diambil dari Karbala ataupun tempat-tempat lain.


4-Boleh bercakap-cakap ketika solat.


5-Mengakhiri solat mereka dengan menepuk ke dua belah peha mereka beberapa kali.




Kesimpulanya, itulah antara cara-cara SYIAH solat, dalam kata lain mereka sebenarnya tidak solat tetapi hanya TAQIYYAH (berpura-pura). Bagaimana mahu dikatakan solat sedangkan cara mereka bersalahan dengan apa yang di bawa oleh Rasulullah SAW.Semoga kita terhindar daripada kaum-kaum sebegini yang diLAKNAToleh Allah SWT.Allahhummaamin….
Berikut merupakan video cara solat orang syiah yang berlaku di Malaysia:




2)    PERKAHWINAN

a)      Takrif nikah
Nikah merupakan aqad antara calon suami dengan wali perempuan untuk membolehkan pasangan bergaul sebagai suami isteri menurut syariat islam.
b)     Tujuan
Memperoleh pergaulan yang sah dalam masyarakat dengan mendirikan rumah tangga yang aman dan damai .

Firman Allah S.W.T.
       
   “Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi,dua,tiga atau empat.kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja.”
                                                                                                             (Surah An-Nisa’ :3)                                                                                                      

c)      Hukum perkahwinan2

·         Sunat     : Bagi   orang   yang   ingin   memperoleh   keturunan  dan mampu  menanggung     
                nafkah isterinya.
·         Wajib    : Bagi orang yang mampu, yang ada  keinginan  kepada  perempuan  dan  khuatir  
                akan melakukan zinar.
·         Makruh : Bagi orang yang berkeinginan tetapi tidak berkemampuan.
·         Haram   : Bagi   perempuan   yang   mengalami   penyakit   perempuan,   dan   ia   belum
Berubat dan bagi lelaki yang sudah beristeri serta mempunyai  beberapa                                                              orang anak sedangkan dia sendiri sakit dan tidak dapat mencari nafkah.


a)      Hikmah berkahwin

·         Supaya manusia hidup berpasangan, mendirikan rumah tangga yang aman dan damai serta teratur.
·         Melahirkan zuriat yang sah dalam masyarakat.
·         Zuriat berkembang.
·         Dapat memelihara diri seseorang daripada jatuh ke lembah penzinaan.

Nabi bersabda “Bahawasanya berkahwin itu lebih merendahkan pemandangan mata (menjauhkan dari mata keranjang) dan lebih memelihara kehormatan  (menghindarkan penzinaan).                                                                  
                                                                                             (Riwayat Jamaah Ahli Hadis)

b)     Rukun Nikah

·         Calon suami
·         Calon isteri
·         Wali
·         Dua orang saksi
·         Ijab dan kabul 
 Sabda Nabi S.A.W :                                                                                                                  
“Tidak sah nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi yang adil”                                                  
                                                                                                                          (Riwayat Ahmad)

a)      Syarat Nikah

1)          Syarat seorang suami

·         Beragama islam
·         Lelaki itu halal bagi calon isteri
·         Lelaki itu mengetahui bahawa calon isterinya halal baginya
·         Tidak mempunyai isteri yang haram dimadukan
·         Tidak dalam ihram
·         Tidak mempunyai empat orang isteri
2)   Syarat seorang isteri
·         Beragama islam
·         Wanita yang halal
·         Wanita yang telah memberikan izinnya untuk dinikahkan dengan  calon suami
·           Wanita yang bukan sedang dalam ihram








3)     SISTEM PENERIMAAN ILMU MENURUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH3

a)      Semua ilmu yang selaras dengan Al-Quran dan As-Sunnah mereka sepakati sebagai ketetapan yang benar, dan apa yang bertentangan akan ditolak.
b)      Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa tidak seorang pun yang maksum kecuali Nabi SAW.
c)      Hujjah Ijmak Salafus-Saleh merupakan hujjah syarak yang sepatutnya diikuti oleh generasi selepas mereka
d)      Tidak menetapkan suatu pernyataan dan menerima hasil ijtihad kecuali setelah mengupasnya berdasarkan Quran, Sunnah dan Ijmak.
e)       Mereka mengutamakan Quran dan Sunnah daripada akal, perasaan atau qias.

a)       Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa “al-jama’ah” merupakan penentu keselamatan seseorang di dunia dan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mewajibkan orang yang tidak mampu untuk mengetahui ilmu sebagaimana kewajipan terhadap orang yang memiliki kemampuan.






4)        PENGURUSAN HARTA

A) HARTA SEPENCARIAN







B) PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA













       I.                                             5) ZAKAT

PENGERTIAN

Suci dalam definisi zakat pula bermaksud menyucikan harta dan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil dan menyucikan diri daripada sifat dengki dan dari sudut bahasa boleh ditakrifkan sebagai suci,tumbuh dendam terhadap mereka.

Dinamakan zakat kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan sebagaimana kata-kata Ibnu Taimiyyah “Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi”.Pendapat lain pula mengatakan kalimah zakat diambil kata kerja ‘tazakka’yang bermaksud ‘mensucikan’.

Dari Sudut Istilah / Syarak :l

Menurut Dr. M. Yusuf Al-Qardawi (1987), zakat dari sudut istilah boleh ditakrifkan dengan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah untuk diserahkan kepada orang-orang yang berhak iaitu mengeluarkan jumlah tertentu. Jumlah yang dikeluarkan dari kekayaan itu disebut zakat kerana apa yang dikeluarkan itu bertambah banyak, lebih bererti dan dapat melindungi kekayaan daripada binasa.

HUKUM ZAKAT

Zakat merupakan rukun ketiga dari lima rukun Islam dan menjadi salah satu unsur penting bagi tertegaknya syariat Islam. Justeru, diwajibkan zakat ke atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka yang enggan membayar zakat boleh diperangi manakala mereka yang menolak ketetapan wajib menunaikan zakat pula adalah dianggap kafir. Bahkan tercatat dalam sejarah Islam bahawa Khalifah Abu Bakar sendiri telah memerangi orang-orang yang mengingkari perintah membayar zakat.


SYARAT WAJIB ZAKAT

i)             Islam
ii)            Merdeka
iii)           Sempurna Milik
iv)           Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat
v)            Cukup nisab
vi)           Cukup haul ( genap setahun hijrah )


JENIS ZAKAT

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta.


i)           Zakat  Fitrah

Zakat fitrah difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Dinamakan zakat fitrah kerana ia bertujuan mensucikan jiwa dan badan. Kadar fitrah yang ditetapkan adalah satu gantang Baghdad makanan utama negeri berkenaan atau bersamaan dengan 2.5 kg atau senilai dengannya pada bulan Ramadhan iaitubermula pada 1 Ramadhan sehingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Walau bagaimanapun, kadar ini mungkin berubah berdasarkan ketentuan  pihak berkuasa agama negeri-negeri.

ii)             Zakat Harta

Zakat harta merangkumi zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang, zakat ma’adin (segala galianyang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut),kunuz (harta yang tersimpan di dalam bumi atau harta karun) dan rikaz ( hartabenda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam atau jumhur ulama berpendapat semua jenis simpanan jahiliah), zakat saham serta zakat pendapatan. Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Manakala kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Oleh itu, zakat perlu ditunaikan apabilacukup syarat-syaratnya kerana 2.5% dari harta tersebut sebenarnya merupakan hak lapan asnaf yang layak menerima zakat.


 TOKOH AHLISUNNAH WAL JAMAAH


A) IMAM AS-SYAFIE

RIWAYAT HIDUP
Ø Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas bin ‘Utsman bin Syafi‘ bin as-Saib bin ‘Ubayd bin ‘Abdu Zayd bin Hasyim bin al-Muththalib bin ‘Abdu Manaf bin Qushay.

Ø Beliau digelar As-Syafie kerana sempena nama datuknya iaitu Syafie bin Said


Ø Beliau dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin

Ø Imam As-Syafie berketurunan Rasulullah s.a.w pada sebelah datuknya, Abdul Manaf.


Ø Beliau wafat pada tahun 204 Hijrah ketika beliau berumur 54 tahun. Beliau dikebumikan di Arafah, Mesir.

PENDIDIKAN

Ø Ketika berusia 7 tahun, beliau menghafaz al –Quran.

Ø Beliau telah dapat menghafaz kitab al-muattok, karangan Imam Malik sewaktu berumur dua belas tahun


Ø Beliau telah berguru dengan Imam Malik setelah umurnya mencecah 20 tahun.
Ø Imam as-Syafie mempelajari dan mendalami bahsa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.

Ø Sewaktu remaja, beliau menghabiskan masanya itu dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.


Ø Beliau sangat megutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian,iaitu:
a.     1/3 malam untuk berehat
b.    1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan
c.     1/3 malam untuk beribadat


KARYA

·       Ikhtilaf al-Hadits.
- Kitab ini dikarang oleh Imam Al-Syafie bagi membahaskan mengenai kehujahan hadis ahad secara khusus dan membela sunnah secara umum.

·       Al-Hujjah.
-Kitab ini merupakan karya Imam Al-Syafie ketika beliau mengajar di Baghdad, Iraq. Kitab inilah yang membentangkan pendapat lama (Qaul Qodim) Imam Al-Syafie dalam ilmu fiqh.

·       Al-Mabsuth.
-Kitab ini merupakan karya Imam Al-Syafie yang menghidangkan beberapa tambahan dalam ilmu fiqh.



·       Al-Umm.
-Kitab ini merupakan karya Imam Al-Syafie ketika beliau mengajar di Mesir. Kitab inilah yang membentangkan pendapat baru (Qaul Jadid) Imam Al-Syafie dalam ilmu fiqh.

·       Al-Risalah
-Kitab ini ditulis oleh Imam Al-Syafie atas permintaan Abdurrahman bin Mahdi. Inilah karya Imam Al-Syafie yang membahaskan mengenai ilmu usul al-fiqh.






B) IMAM ABU HASSAN AL-ASY’ARI

LATAR BELAKANG

Ø Nama penuh beliau ialah Imam Ali bin Ismail bin Ishak bin Salim bin Abdullah Musa bin Bilal bin Bardah bin Abu Musa al-Asy’ari

Ø Beliau mrupakan cucu kepada saidina abu musa al-Asy’ari RA yang merupakan sahabat Rasulullah s.a.w.


Ø Beliau merupakan seorang perantara dalam persengketaan antara Ali bin Abi Thalib dan Mu’awiyah.

Ø Beliau dilahirkan pada tahun 260 hijrah di basrah, Iraq.

Ø Beliau wafat pada 324 Hijrah di Baghdad.

PENDIDIKAN

Ø Pada waktu kecil, beiau berguru dengan seorang Mu’tazilah terkenal, iaitu Abu ‘Ali Al-Jubba’I yang merupakan bapa tirinya. Beliau menjadi penganut Mu’tazilah yang setia selama 40 tahun.

Ø Selepas mendapat hidayah Allah, beliau meninggalkan ajaran itu dengan tegas. Beliau mula membantah dengan pemikiran Mu’tazilah dan berdebat dengan mereka.


Ø Beliau menjadi pengikut Manhaj Salaf setelah berpindah ke Baghdad. Beliau bergabung bersama-sama para tokoh murid-murid Imam Ahmad dan akhirnya beliau menjadi seorang Salafi.

Ø Beliau menulis beberapa risalah berisi pernyataan taubatnya dari seluruh pemikiran Mu’tazilah dan syubhat-syubhat Kullbiyyah.



KARYA 

·       Al-Ibanah Min Uslul Diniati
-Dalam buku ini, Imam Abu Hassan Al-Asy’ari menyokong dengan tegas kepada Imam Ahmad Bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya.




·       Aj-Luma ‘Fir Raddi ‘Ala Ahlil Zaighi Wal Bid ‘I
-Imam abu Hassan al-asy’ari mendedahkan hujah logik dan teks dalam buku ini.


·       Maqalatul Islamiyiin
-Imam Abu Hassan mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu kalam melalui buku ini. Buku ini juga menjadi rujukan penting dalam pengajian fahaman-fahaman akidah


LATAR BELAKANG

Ø Nama sebenar beliau ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al Maturidi.

Ø Beliau dilahirkan pada tahun 238 Hijrah di Sungai Jihun, Kampung Maturid Samarqandi Di Basrah.


Ø Beliau merupakan sarjana Islam dalam Mazhab Hanafi.

Ø Beliau wafat pada tahun 333 Hijrah di Samarqand iaitu selepas 10 tahun kewafatan Imam Abu Hassan Al-Asy’ari.


PENDIDIKAN

Ø Beliau mula-mula menuntut ilmu dengan Abu Nasr al Iadhi.

Ø Beliau pernah berguru dengan imam abu hanifah RA


Ø Beliau juga pernah belajar dengan Muhammad bin Maqatil ar Razi dan Abu Bakr Ahmad al-Jawzajani

KARYA

·       Kitab Tauhid
-Kitab ini adalah berkaitan dengan ilmu kalam.

·       Ta’wilat Ahlus Sunnah atau Ta’Wilat al-Qur’an
-Di dalam buku ini, imam abu Mansur mengangkat ayat-ayat al-Qur’an khususnya ayat-ayat sifat dan mentakwilkannya dengan takwil Jahmiyah.

·       Kitab Jadal
-Kitab ini membincangkan usul fikah.